Tuesday, August 23, 2011

1MALAYSIA


Memandangkan tinggal dalam beberapa hari lagi nak Raya dan juga paling peting adalah hari kebangsaan(31hb Ogos 2011) kita, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat Hari Raya kepada kawan-kawan muslim dan kepada seluruh rakyat Malaysia, Selamat Hari Merdeka.

Rasa bersyukur kerana diam di negara Malaysia yang aman dan damai ini. Seperti yang di serukan oleh Perdana Menteri kita,Dato' Seri Mohd Najib Abdul Razak 1MALAYSIA. Pada pendapatan saya sendiri, saya sangat bersetuju dengan idea 1MALAYSIA, di mana kita sebagai rakyat malaysia tidak kira bangsa,agama, dan budaya tetap sentiasa berganding bahu untuk mempertahankan kita sesama sebagai orang Malaysia. Tidak kisah lah "orang2 penting" di belakang tadbir 1MALAYSIA itu cuma hendak mempergunakan idea itu cuma politik semata-mata. Bagi saya, saya tetap ada semangat 1MALAYSIA

Oleh kerana itu saya sendiri tidak memilih untuk berkawan dengan sesiapa sahaja, yang penting individu itu ikhlas dan sudi untuk menjadi kawan. Tidak kira bangsa,agama, budaya, warna kulit dan sebagainya. Saya sebagai insan biasa sentiasa menerima dengan hati terbuka untuk bergaul dengan siapa tanpa berfikiran perkauman.

Setiap perayaan di Malaysia, semesti nya saya sentiasa bertandang ke rumah kawan-kawan, baik hari Gawai,Hari krismas,Hari Raya, Hari Tahun Baru Cina,- kalo ada perayaan Deepavali di Sarawak memang saya akan ke rumah kawan-kawan.

Dengan itu mari la kita sama-sama menyemat di hati masing-masing untuk sentiasa menuju ke arah semangat 1MALAYSIA.

No comments: